Arkib Tag: MODA Sporter S SKII SE

MODA Sporter S SKII SE rasmi di Malaysia, harga dari RM18,298

MDua Motor Sdn Bhd mengumumkan varian skuter MODA Sporter S SKII edisi khas (SE) untuk pasaran Malaysia.

Varian dengan warna Black Cayenne dengan jalur merah ini dijual pada harga bermula dari RM18,298.

Sebagai perbandingan, versi standard Sporter S SKII dijual pada harga RM17,998.

Spesifikasi asas kekal

Sporter S SKII masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 244 cc sejukan cecair menghasilkan 24.8 hp @ 8,500 rpm dan 22.5 Nm @ 6,500 rpm.

Tetapan suspensi terdiri daripada fork teleskopik di depan, dibantu dengan penyerap hentak berkembar yang telah dinaik taraf, lengkap dengan sub-tangki.

Ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti:

  • sistem brek cakera depan dan belakang
  • skrin paparan TFT 7-inci
  • suis pelbagai guna pada bar hendal
  • kamera perakam tunggangan HD (hadapan)
  • penghadang angin boleh laras elektronik
  • winglet aerodinamik
  • tangki bahan api 13 liter

Ciri keselamatan pula terdiri daripada ABS dua-saluran, kawalan cengkaman (TCS) dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

MODA Sporter S SKII