Arkib Tag: MMF

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-12 kutip dana bantu golongan memerlukan

Bermaz Motor baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Golf Amal Mazda ke-12 di Glenmarie Golf & Country Club pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Program tahunan ini menghimpunkan rakan niaga, wakil kerajaan, pelanggan Mazda serta komuniti setempat bagi menjayakan usaha kebajikan melalui sukan.

Ia juga menjadi platform utama pengumpulan dana untuk Mazda Medicare Fund (MMF) yang menyalurkan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

Edisi kali ini menarik penyertaan sekitar 200 orang peserta.

Majlis makan tengah hari amal turut diserikan dengan kehadiran KDYMM Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, penaung diraja MMF sejak 2015.

Pada majlis tersebut, cek simbolik disampaikan kepada lima penerima manfaat iaitu:

  • Hospital Kanser Mount Miriam
  • Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim dan Cacat Perlindungan Selangor
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sai Pandian
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang
  • Yayasan Al-Sultan Abdullah

Ditubuhkan pada 2015 hasil kerjasama Prima Merdu Sdn Bhd dan B. Braun Avitum Renal Services, MMF pada asalnya membantu pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan hemodialisis.

Kini, bantuan turut diperluaskan kepada rumah kebajikan, rumah anak yatim, pusat OKU dan kanak-kanak berkeperluan khas.

Menerusi Mazda Privilege Card (MPC) yang diperkenalkan pada 2018, pemilik Mazda boleh terus menyumbang kepada MMF sambil menikmati pelbagai keistimewaan selepas jualan.

Melalui penganjuran kejohanan ini, Bermaz Motor meneruskan komitmennya dalam memperkukuh budaya memberi kembali kepada masyarakat serta membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.