Arkib Tag: kenderaan recond

UMW Toyota lancar kempen servis untuk kereta recond Toyota di seluruh Malaysia

UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan kempen servis kenderaan recond Toyota di seluruh negara menerusi Toyota Extra Mile.

Inisiatif ini menyediakan penjagaan kenderaan profesional oleh juruteknik bertauliah Toyota, alat ganti tulen serta piawaian penyelenggaraan yang ditetapkan.

Ia adalah selaras dengan reputasi jenama dalam aspek kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan.

Menurut UMWT, reputasi yang dibina sejak beberapa generasi itu perlu dipelihara sepanjang tempoh pemilikan.

Setiap Toyota, termasuk kenderaan recond, memerlukan penjagaan oleh tenaga pakar yang memahami kejuruteraan serta keperluan penyelenggaraannya bagi memastikan prestasi kekal optimum.

Menerusi kempen ini, UMWT memperluas kepakaran selepas jualannya kepada pemilik kenderaan recond Toyota.

Dengan 103 pusat servis Toyota di seluruh Malaysia, rangkaian selepas jualan UMWT memudahkan pelanggan mendapatkan penyelenggaraan profesional, disokong prosedur servis dan piawaian khidmat pelanggan yang seragam.

Rangkaian ini mencerminkan pelaburan berterusan Toyota dalam menjaga kualiti kenderaan sepanjang tempoh penggunaannya.

Ini sekali gus membantu pemilik mengekalkan prestasi serta kebolehpercayaan yang diharapkan daripada jenama tersebut.