iCaur Malaysia mencatatkan satu pencapaian baharu dengan jumlah kenderaan berdaftar kini mencecah 1,800 unit di jalan raya.
Pencapaian ini mencerminkan permintaan terhadap iCaur, seterusnya mengukuhkan kedudukan dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) off-road.
Kelab rasmi ditubuhkan
Dalam satu acara penyerahan kepada pemilik yang ke-1,800, kelab rasmi pertama jenama tersebut (Kelab Pemilik iCaur Malaysia) turut ditubuhkan.
Direka sebagai nadi komuniti iCaur, kelab pemilik ini menghimpunkan para pemilik menerusi pertemuan, pengalaman bersama, dan aktiviti gaya hidup.
Kelab ini berpaksikan kepada dua teras utama:
- Perjalanan Pengubahsuaian yang memberi peluang kepada pemilik untuk bertukar idea dan meraikan kreativiti
- Pembangunan Komuniti yang menumpukan kepada usaha mengeratkan hubungan sesama ahli menerusi pelbagai aktiviti menarik
iCaur V23 laris sepanjang Februari 2026
Dengan 179 pendaftaran, iCaur V23 muncul sebagai EV ketiga paling laris di Malaysia, sementara iCaur 03 pula berada di tangga ketujuh.
Sepanjang tahun 2025, iCaur 03 merupakan EV ke-14 paling laris dengan 836 unit telah didaftarkan dalam tempoh empat bulan pertama.
Menurut Francis Chin, Pengarah Kanan iCaur Malaysia berkata, “pencapaian 1,800 kenderaan menandakan detik bermakna bagi iCaur Malaysia.
“iCaur kekal komited untuk menerajui segmen NEV pengembaraan lasak, serta menarik minat generasi yang menghargai keunikan diri, ekspresi peribadi serta inovasi melalui ekosistem tersendiri,” ujarnya lagi.
