Arkib Tag: kejohanan golf

BMW Malaysia kembali sebagai Rakan Mobiliti Elektrik Rasmi Kejohanan Maybank 2026

BMW Malaysia kembali sebagai Rakan Mobiliti Elektrik Rasmi Kejohanan Maybank 2026.

Kejohanan golf ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dari 29 Oktober hingga 1 November 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, BMW Malaysia akan menyediakan 40 kenderaan BMW dan MINI untuk membawa pemain, pegawai serta tetamu kehormat sepanjang kejohanan.

Armada tersebut merangkumi model kenderaan seperti:

  • BMW i7 xDrive60 M Sport
  • BMW iX xDrive50 Sport
  • BMW 530i M Sport
  • beberapa model BMW dan MINI terpilih

Kerjasama ini meneruskan usaha BMW Malaysia menyokong mobiliti premium yang mampan, di samping menyumbang kepada penganjuran acara sukan antarabangsa di negara ini.

78 pemain rebut hadiah RM12 juta

Memasuki penganjuran tahun keempat berturut-turut, Kejohanan Maybank 2026 menghimpunkan 78 pemain yang akan bersaing dalam empat pusingan untuk merebut hadiah keseluruhan US$3 juta (RM12.23 juta).

Antara pemain yang bakal beraksi ialah Charley Hull, Miyu Yamashita dan Ruoning Yin.

Sebagai sebahagian daripada Jelajah LPGA, kejohanan ini turut menyediakan pentas antarabangsa kepada bakat serantau serta menyokong perkembangan golf wanita di ASEAN.

Tiket kini boleh dibeli, manakala siaran kejohanan turut tersedia menerusi Golf Channel dan Astro.

Maklumat lanjut serta pembelian tiket boleh didapati di laman rasmi Kejohanan Maybank.