Arkib Tag: Haojin

Kenali LETBE, jenama baharu yang bakal merancakkan lagi industri dua roda Malaysia

Baru-baru ini pihak Mforce menjemput sekumpulan pengamal media ke Guangzhou untuk melihat dengan lebih dekat jenama motosikal LETBE yang bakal masuk Malaysia.

LETBE secara ringkasnya merupakan satu jenama baharu yang diwujudkan di bawah Haojin.

Ia disasarkan kepada golongan pengguna yang lebih muda dan mementingkan penggayaan.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu:

1. LETBE merupakan satu jenama di bawah naungan Haojin, di mana Haojin (Guangzhou Haojin Motorcycle Co. Ltd) itu sendiri merupakan antara jenama motosikal yang terkemuka di pasaran China.

2. Ditubuhkan pada tahun 2001, Haojin kini merupakan pengeluar motosikal dua roda, tiga roda serta kenderaan all-terrain, enjin serta komponen mekanikal pada skala yang besar.

3. Fasiliti Haojin memiliki keluasan 300,000 meter persegi, lengkap dengan kemudahan R&D, pusat ujian berketepatan tinggi serta kilang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit setahun.

4. Sehingga kini, Haojin memiliki 213 paten teknologi.

5. Selain mengeluarkan jenama motosikal sendiri, Haojin juga mengeksport motosikal mereka ke lebih 60 buah negara merentasi Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Eropah. Ada diantaranya dijenamakan semula mengikut pasaran tertentu.

6. LETBE pula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 dengan membawakan pendekatan yang lebih moden dan bergaya untuk pasaran antarabangsa.

7. Untuk membezakannya dengan jenama lain, LETBE menggunakan konsep unik “Mechanical Pet” di mana motosikal dijadikan sebagai rakan teknikal dengan karakteristik yang tersendiri.

8. Antara model-model LETBE yang ada termasuklah Neon, Island, Mecha, Nomad, Velocity, Flygon, Punk dan Arthur.

Tidak ketinggalan, sebuah model supermoped 150 cc yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan pihak Mforce.

Jenama LETBE bakal masuk pasaran Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.