Arkib Tag: Gracshaw Glaive

Gracshaw lancar koleksi topi keledar edisi terhad Gundam, harga RM498

Gracshaw baru-baru ini melancarkan koleksi terbaharu topi keledar edisi terhad bertemakan Mobile Suit Gundam.

Terdapat tiga rekaan Mobile Suit daripada siri asal televisyen 1979 yang ditawarkan, iaitu:

  • RX-78-2 Gundam
  • MS-06F Zaku II
  • MS-06S Char’s Zaku II

Secara keseluruhan, hanya 3,000 unit sahaja ditawarkan terdiri daripada 1,500 unit untuk RX-78-2 Gundam, 1,000 unit untuk Char’s Zaku II dan 500 unit untuk MS-06F Zaku II.

Menurut Gracshaw, model open-face Glaive telah dipilih sebagai asas disebabkan reka bentuk yang ringkas, membolehkan elemen Mobile Suit tampil jelas tanpa gangguan.

Tidak seperti model Glaive standard, topi keledar Gracshaw x Mobile Suit Gundam ini didatangkan dengan struktur spoiler ekor itik secara standard, lengkap dengan nombor siri serta butiran lesen rasmi kolaborasi.

Setiap pembelian didatangkan dengan beg topi keledar, kad jenama, pelekat, buku manual serta kotak grafik mengikut watak yang dipilih.

Ada pilihan saiz S, M, L, XL dan 2XL, dan dijual pada harga RM498.