Arkib Tag: GIVI CONNECT 2026

GIVI Asia lancar 8 produk baharu, harga serendah RM130

GIVI Asia mengumumkan lapan produk baharu menerusi acara GIVI CONNECT 2026 yang dianjurkan baru-baru ini.

Produk yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

MTN Matterhorn Adventure (RM510-RM550)

Kotak storan ini tersedia dalam dua pilihan kapasiti iaitu 39 liter dan 47 liter.

Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah:

  • kemasan dalaman berlapik (FELT)
  • poket dalaman bersepadu
  • tempat penyandar belakang yang lebih lebar

U37A-ADV Ultimo Adventure (RM300)

Sebuah lagi kotak storan Monolock yang tersedia dalam kapasiti 37 liter.

Ia menampilkan ciri yang dipertingkatkan seperti:

  • sistem kekunci Crab Lock™
  • tempat penyandar terbina
  • sepasang pemegang rod keluli tahan karat

C34N/NT (RM240)

Kotak storan kompak ini menawarkan kapasiti sebesar 34 liter.

Ia menampilkan ciri seperti:

  • profil membulat
  • penutup atas gaya karbon
  • ruang yang memuatkan helmet modular
  • sistem kekunci Micro 3

B39N/NT (RM265)

Kotak storan ini menawarkan kapasiti sebesar 39 liter dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Ia turut menampilkan ciri seperti:

  • profil membulat & elemen sporti
  • sistem kekunci Micro 3

STEALTH (RM140-RM175)

Ini pula sistem pemegang beg sisi yang menampilkan struktur lengan boleh lipat.

Ciri ini membolehkan pemilik mengekalkan penampilan asal motosikal tanpa menjejaskan fungsi pemasangan beg sisi apabila diperlukan.

Selain itu, ia turut mempunyai mekanisme dual-button release dan sambungan snap-fit yang praktikal untuk kegunaan harian.

STEALTH serasi dengan beg sisi RSN01ST (RM500) & RSN04ST (RM540) dan boleh dipasang pada model motosikal berikut:

  • Aveta Vanguard 180
  • Honda ADV160
  • Honda RS-X
  • Honda ADV350
  • SYM ADXTG 400
  • Yamaha NMAX 155
  • Yamaha Y16ZR/Y16ZR-R

FL001 X-Beam (RM306)

GIVI turut menawarkan sistem pencahayaan tambahan X-Beam, menggabungkan pelbagai mod dan kawalan tanpa wayar.

Ia turut menyokong integrasi dengan lampu dan hon OEM, serta perlindungan IP68 terhadap habuk dan air.

ERS02 EAZI Rain Suit 02 (RM130)

Produk baharu dalam rangkaian pakaian kalis air ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah.

Terdapat pilihan saiz S hingga 3XL, dengan ciri-ciri seperti:

  • perlindungan kalis air 5,000 mm
  • rekaan tahan lasak dengan jaket berlapik mesh dan ventilasi belakang
  • poket Napoleon untuk simpanan barang penting
  • cetakan reflektif
  • larasan velcro

M35.1 Scudo II – LCR Limited Edition (RM460)

Topi keledar ini menampilkan grafik eksklusif LCR Team, dan terhad kepada 2,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

Ia hadir dalam pilihan saiz M hingga 2XL.