Chery Malaysia mengumumkan ketibaan Tiggo Cross Sport Edition untuk pasaran tempatan.
Untuk tempoh terhad, Chery Tiggo Cross Sport Edition dijual pada harga RM83,800 (harga asal RM91,800).
Untuk makluman, Tiggo Cross Sport Edition hanya ditawarkan eksklusif dalam varian Turbo, dengan enjin 1.5L menghasilkan 147 PS dan 210 Nm.
Berbeza dengan varian Turbo biasa, Tiggo Cross Sport Edition menampilkan ciri berikut:
- lip bampar hadapan
- bampar belakang sporti
Tiga warna tersedia iaitu Carbon Black, Phantom Grey dan Khaki White.
Ciri-ciri lain masih dikekalkan seperti:
- lampu LED + lampu DRL LED
- rel bumbung
- rim 18 inci
- kawalan iklim dua zon
- skrin berkembar 10.25 inci
- sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
Ciri keselamatan termasuklah:
- Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Sistem Pengesan Titik Buta (BSD)
- Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
