Aveta Motor Malaysia rasmi melancarkan dua model skuter baharu, iaitu Bellagio 125 2026 dan Viper 180 2026.
Berikut merupakan harga jualan bagi model skuter yang dilancarkan:
- Bellagio 125 – RM6,998
- Viper 180 – RM8,998
Spesifikasi Aveta Bellagio 125
Aveta Bellagio 125 menampilkan rekaan retro-moden dan direka untuk tunggangan yang selesa dalam kawasan bandar.
Ia dikuasakan oleh enjin 124 cc sejukan udara menghasilkan 8.7 hp dan daya kilas 9.5 Nm.
Antara kelengkapan yang dibawakan pada skuter ini termasuklah:
- sistem brek cakera depan
- skrin penghadang angin gaya klasik
- paparan digital LCD berwarna penuh
- tangki bahan api sebesar 6 liter
Terdapat tiga warna menarik iaitu Diamond White, Pistachio Green dan Carbon Black.
Spesifikasi Aveta Viper 180
Tidak seperti Bellagio 125, Viper 180 direka untuk penunggang yang mahukan rupa dan prestasi yang lebih bertenaga.
Ia hadir dengan enjin silinder tunggal 174 cc menghasilkan 18.2 hp dan 17.2 Nm.
Antara ciri yang dimuatkan pada skuter ini termasuklah:
- sistem lampu LED penuh
- bar hendal boleh laras
- kamera perakam tunggangan hadapan
- paparan TFT 7 inci dengan fungsi skrin sentuh
- sistem ABS dua-saluran & kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktif
Tiga warna ditawarkan, iaitu Arctic White, Midnight Black dan Storm Gray.
