Arkib Tag: Aveta Nova 200 Edisi Terhad

Aveta Nova 200 Edisi Terhad diperkenalkan, hanya 1,688 unit, harga RM8,788

Selain pelancaran Falcon 180, Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Edisi Terhad.

Ditawarkan dalam unit terhad 1,688 unit sahaja, Nova 200 ini dijual pada harga RM8,788.

Ciri unik

Aveta Nova 200 Edisi Terhad hadir dengan kemasan warna Cyber Yellow sekali gus memberikan identiti unik kepada model berkenaan berbanding varian biasa.

Karakter sporti Nova 200 turut dikemaskan dengan reka bentuk visor baharu, diikuti rim berwarna emas dan pelekat khas “Limited Edition”.

Untuk mengekalkan eksklusivitinya, Nova 200 Edisi Terhad hanya boleh didapati menerusi rangkaian pengedar “Aveta Preferred Dealers” di seluruh negara.

Spesifikasi kekal sama

Aveta Nova 200 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair 183.3 cc menghasilkan 18.1 hp @ 8,000 rpm dan 17.6 Nm @ 5,000 rpm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik CVT dan sistem pacuan tali sawat.

Suspensi skuter ini terdiri daripada fork teleskopik di depan dan penyerap hentak gas berkembar di belakang.

Brek pula menggunakan tetapan cakera bagi kedua-dua gandar, disokong sistem ABS dan kawalan cengkaman (TCS).

Antara ciri lain termasuklah:

  • lampu LED berserta DRL
  • winglet aerodinamik
  • port pengecasan USB (Type-A & Type-C)
  • rim 14 inci
  • tangki bahan api 10 liter
  • tinggi pelana 778 mm
  • sistem permulaan pintar tanpa kunci
  • panel meter LCD