Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan acara 48-Hour Volvo Merdeka Deal sepanjang hujung minggu 15 dan 16 Ogos ini.
Acara berskala besar itu menawarkan rebat tunai eksklusif sehingga RM70,000 untuk SUV Volvo XC90 MY25 tertakluk kepada ketersediaan stok.
Pelbagai ganjaran tersedia
Volvo Car Malaysia turut menyediakan pelbagai keistimewaan tambahan sepanjang acara seperti:
- Ganjaran Pandu Uji: Pandu uji mana-mana model dan dapatkan secawan kopi artisan secara percuma
- Ganjaran Tempahan Segera: Pelanggan yang telah mengesahkan tempahan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai barangan eksklusif Volvo
- Bonus Penyerahan Kenderaan: Hadiah misteri eksklusif semasa hari penyerahan kunci
Selain itu, terdapat juga penawaran rebat untuk barisan kenderaan seperti:
- Volvo EX30 Ultra – rebat RM30,888
- Volvo EC40 Single – rebat RM30,000
- Volvo XC60 MY26 – rebat RM29,200 berserta VSP Plus 5 (bernilai RM15,800)
- Volvo ES90 – rebat RM20,000 + rebat hujung minggu RM7,000 + Volvo Wallbox percuma (bernilai RM3,990)
Akses 48 Jam di seluruh negara
Acara 48-Hour Merdeka Deal akan berpusat di Carfe, Petaling Jaya pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Rakyat Malaysia di luar Lembah Klang boleh berkunjung ke pengedar sah Volvo yang mengambi bahagian termasuklah:
- Federal Auto Cars (George Town, Pulau Pinang)
- Western Circle (Juru, Pulau Pinang)
- iRoll Auto (Ipoh, Perak)
- Seong Hoe Motors (Melaka)
- Pekin Auto (Skudai, Johor)
- Sebangga Mitsinbo (Kota Kinabalu, Sabah)
