Didi Group baru-baru ini melancarkan model terbaharu Royal Enfield Goan Classic 350 2026 yang diinspirasikan daripada budaya motosikal ikonik Goa era 70-an dan 80-an.
Terdapat empat pilihan warna disediakan dengan harga jualan seperti berikut:
- Shack Black – RM25,200
- Purple Haze – RM25,200
- Trip Teal – RM25,500
- Rave Red – RM25,500
Spesifikasi
Jentera ini dipacu enjin silinder tunggal 349cc sejukan udara–minyak yang mampu menghasilkan 20.2 hp @ 6,100 rpm dan daya kilas 27 Nm @ 4,000 rpm.
Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi 5-kelajuan.
Kerangka jenis ‘twin downtube spine‘ itu disokong dengan fork teleskopik 41 mm di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Membawakan DNA gaya bobber, Goan Classic 350 mempunyai ciri unik termasuklah:
- rekaan tempat duduk tunggal terapung
- dinding sisi tayar berwarna putih
- rim jejari aluminium tanpa tiub (19 inci depan/16 inci belakang)
- siluet rendah dan santai
Antara ciri lain termasuklah:
- sistem brek cakera 300 mm depan/270 mm belakang
- sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran
- paparan meter dengan indikasi posisi gear
- modul navigasi Tripper (turn-by-turn)
- port pengecas USB Type-C
- lampu LED penuh
Biarpun hadir dengan tetapan pelana tunggal, pembeli boleh memasang tempat duduk pembonceng secara bolt-on.
Aksesori tulen
Terdapat aksesori tulen yang ditawarkan oleh Royal Enfield, kesemuanya dalam warna tona perang kustom seperti:
- pelana kustom
- grip bar hendal
- cermin sisi penghujung bar hendal
- skrin sentuh
- bar hendal touring
- tempat pemijak kaki premium
Royal Enfield turut bekerjasama dengan Rafu’D untuk menghasilkan koleksi pakaian yang mencerminkan era hippie 70-an dan 80-an seperti kemeja, seluar, topi dan beg tote.
