SEMBANG ENGEAR #6 – Impak Geely Terhadap Proton

Setelah saham Volvo dan Proton dikuasai oleh Geely, kini giliran Daimler AG pula.

Geely dilihat begitu aggresif dalam pasaran automotif apabila Pengerusinya Mr. Li Shufu mengesahkan yang kini Geely Holding Group telah membeli 10 peratus saham Daimler AG pada tahun ini. Ini menjadikan Geely selaku pemegang saham terbesar kepada syarikat dari Jerman tersebut. Saham Daimler AG yang memegang jenama ternama seperti Mercedes-Benz ini dibeli oleh Geely tidak lain dan tidak bukan ialah untuk merealisasikan impian mereka mendapatkan akses teknologi bagi perkembangan mereka sendiri.

Akan tetapi, fokus Sembang Engear kali ini adakah penjualan saham Proton (49.9 peratus) kepada Geely ini akan membawa perubahan atau penambahbaikkan kepada jenama automotif negara kita ini?

Untuk menjawab persoalan ini, kami telah menemuramah orang awam secara rawak dan cuba mendapatkan pandangan masing-masing berkenaan isu ini. Agak mengejutkan, antara respon majoriti dari orang ramai ialah:

  • Mereka tidak mengenali Geely
  • Mereka tidak sedar pembelian saham ini terjadi
  • Mereka menyuarakan kebimbangan apabila Proton diambil alih syarikat luar

Walaupun kami menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, namun sebagai pemerhati dunia automotif kami berpendapat perubahan yang cuba dibawa oleh Geely ini mungkin menunjukkan hasilnya selepas 6 bulan atau pada suku ke 3 tahun ini. Apa pun diharap rakyat Malaysia terus memberi sokongan untuk perkembangan jenama automotif kesayangan negara ini.