SEMBANG ENGEAR #8 – Had Umur 14 Tahun Untuk Lesen Motorsikal

Pernahkan anda terlihat anak-anak muda lingkungan umur 12-16 tahun menunggang motorsikal dengan merbahaya? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam isu ini? Adakah ibu bapa penjaga ataupun pihak berkuasa?

Lebih menakutkan lagi apabila kita melihat mereka menunggang tanpa memakai topi keledar keselamatan dan tidak mengikut peraturan jalanraya yang ditetapkan. Ini juga terjadi mungkin kerana kurang kesedaran atau pengetahuan dalam diri mereka mengenai undang-undang jalanraya. Jadi wajarkah isu penurunan umur untuk memiliki lesen motorsikal kepada 14 tahun ini disambut baik oleh seluruh lapisan masyarakat?

Jelas kita faham motorsikal ini ialah kenderaan bermotor yang merbahaya jika tidak dikawal dengan baik. Ia mampu mengundang kecederaan serius atau kematian jika kemalangan berlaku. Akan tetapi dari sudut pandangan kami, ada rasionalnya kebenaran menggunakan motorsikal pada kanak-kanak berumur 14 tahun terutamanya pelajar sekolah. Penggunaan motorsikal akan sekaligus memudahkan rutin harian mereka ke sekolah terutamanya bagi pelajar yang tinggal agak jauh dari kawasan sekolah. Ianya juga memudahkan pelajar berulang alik untuk menghadiri kelas tambahan atau aktiviti ko-kurikulum di sekolah kerana masa dan tenaga dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan ini. Ini secara tak langsung akan meningkatkan penglibatan pelajar terhadap aktiviti tambahan yang sekolah anjurkan.

Walaupun begitu, kami tetap berpendapat sedikit kawalan atau pantauan perlu dilakukan oleh bihak berkuasa bagi memastikan risiko dapat dikurangkan. Antara pendapat kami yang mampu membantu mengurangkan risiko tersebut ialah:

  • Memastikan motorsikal tidak melebihi 50cc, 5 kuasa kuda dan membawa tidak lebih dari 50 km/j
  • Memastikan mereka yang memiliki lesen ini tidak boleh memasuki lebuhraya
  • Meletakkan pelekat pengenalan bagi mereka yang mempunyai lesen motor untuk 14 tahun

Point pertama itu lebih dikhususkan kepada reka bentuk dalaman motorsikal itu sendiri bagi memastikan motorsikal mempunyai limit kuasa dan point 2 dan 3 lebih kepada penguatkuasaan untuk memastikan lingkungan pemilik lesen ini menunggang di jalan-jalan negeri sahaja dan bukan ke lebuhraya.

Seterusnya isu ini masih perlu diteliti dari pelbagai aspek lagi sebelum boleh dilaksanakan. Andai penguatkuasaan dapat dilakukan dengan baik dan semua pihak mampu memainkan peranan yang diberi, kami rasa tiada masalah untuk penurunan had umur memiliki lesen motorsikal ke 14 tahun. Paling utama ialah anak muda kita diterapkan dengan nilai-nilai keselamatan yang tinggi seperti mematuhi hadlaju, memakai topi keledar keselamatan dan bertimbang rasa semasa di jalanraya.