Gearvents – Pelancaran VOLVO XC60

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi memperkenalkan Volvo XC60 ke pasaran Malaysia. Volvo XC60 dilengkapi paduan enjin T8 Twin pengecas turbo dan supercas petrol dengan motor elektronik yang menghasilkan kuasa 407 hp dan tork 640 Nm. XC60 T5 pula dijana dengan enjin pengecas turbo berkuasa 254 hp dan tork 350 Nm. Menggunakan sistem transmisi automatik 8-kelajuan Geartronic.
Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai sepantas 5.3 saat, manakala catatan penjimatan bahan api ialah 2.1 liter per 100 km.
XC60 adalah salah satu kereta Volvo paling selamat. Ia penuh dengan teknologi baru yang direka untuk membantu pemandu, melindungi penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain. Sistem ‘Intellisafe’ diberikan sebagai ciri standard pada XC60, terdiri daripada sistem keselamatan dalam bandar, ‘City Safety’ menerusi ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dan Amaran Perlanggaran Belakang (RCW) dan Mitigasi. Kenderaan ini mempunyai dua radar sebagai pengesan jarak jauh dan jarak dekat. Radar jarak jauh lebih kepada untuk mengenalpasti kenderaan lain apabila kereta dipandu laju manakala radar jarak dekat lebih kepada mengesan pejalan kaki.
City Safety dan BLIS kali ini juga didatangkan dengan Steer Assist yang membolehkan stereng dikawal automatik apabila situasi memerlukan bagi mengelak sebarang potensi perlanggaran. City Safety akan mengesan dan mengelak risiko kemalangan dengan kenderaan lain, termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar. BLIS pula berfungsi untuk mengesan kehadiran kenderaan lain dari belakang apabila pemandu hendak menukar lorong. Jika terdapat kenderaan lain dari belakang pada ketika itu, sistem steer assist akan membantu pemandu untuk menukar haluan ke lorong asal bagi mengelakkan kemalangan.

Oncoming Lane Mitigation pula ialah sistem baru yang ditawarkan oleh XC60 yang berfungsi membantu pemandu mengelak bertembung kenderaan di laluan sisi menerusi amaran. Jika situasi tidak terkawal, Steer Assis akan diaktifkan dan haluan kereta akan dipesongkan dari arah kenderaan yang datang. Sistem ini berfungsi mengawal stereng, pecutan dan brek sepanjang pemanduan dengan kelajuan sehingga 140 km/j.
Dari segi harga, CBU T8 Twin Engine Inscription Plus berharga RM 373,888. Terdapat dua varian CKD, T8 Twin Engine Inscription dijual pada harga RM 333,888 manakala T8 Twin Engine Inscription Plus dijual pada harga RM 343,888. Terdapat lima warna pilihan seperti Ice white, Bright Silver, Osmium Grey, Onyx Black dan Maple Brown.