Gearvents – Art Of Speed 2017

Engear di Art of Speed (AOS) 2017 untuk mengikuti perkembangan budaya custom di Malaysia. AOS merupakan acara tahunan yang diadakan khas untuk peminat kenderaan klasik dan custom di Malaysia. Edisi ke 6 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang ini direkodkan telah menarik seramai 40 000 pengunjung dari serata negara dan Engear tidak terkecuali untuk hadir melihat sendiri kemeriahan acara ini. Editor kami juga sempat memilih 10 kereta/motor custom yang menarik untuk dikongsikan bersama peminat.

Antara 10 pilihan editor ialah:
1) Holden Statseman 1979
2) Datsun 520 Truck
3) Toyota Corolla KE10
4) Minimalist Bobber
5) Toyota Corolla KE16
6) Volvo 121 1966
7) Basikal Custom
8) Motor Custom dari Frontier Motorcycle
9) Honda CB200
10) Volkswagen Beetle 1966

Di antara 10 kenderaan yang terpilih ini, kami tertarik dengan usaha yang dilakukan oleh Abang Jasni dari Butterworth Pulau Pinang. Beliau berhasrat untuk mengutip derma melalui pameran kereta beliau, Volkswagen Beetle 1966 dan menyalurkan sumbangan itu kepada rakannya yang menghidap penyakit Limfoma Kanser. Setiap penyumbang akan berpeluang menuliskan nama masing-masing di ‘body’ kereta beliau. Kami sangat menyokong usaha murni dari Abang Jasni ini. Engear juga sempat menemuramah pengasas AOS, Asep Mohd Iskandar dan bertanya mengenai beberapa soalan. Menurut beliau AOS tahun ke-6 ini dilihat lebih meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus hadir sepanjang hari. AOS kali ini juga membawa sedikit kelainan berbanding edisi sebelumnya apabila mereka menawarkan cabutan bertuah berupa Yamaha RX-Z twin engine kepada pengunjung yang hadir. Dari segi kualiti pula dilihat begitu melonjak naik berbanding awal penubuhan acara ini pada 2012 terutamanya kereta-kereta JDM. AOS 2017 ini turut menawarkan hadiah untuk ‘best talent’ bernilai RM10000 (pilihan juri) dan RM
5000 (pilihan umum). Selain dari itu terdapat juga beberapa acara yang merancakkan lagi acara tahun ini antaranya persembahan pembukaan dari Oh Chentaku dan persembahan penutup dari band Hujan. Turut disediakan ‘Indoor skatepark, indoor & outdoor marketplace’ dan juga ‘Art gallery’. Apapun acara tahunan seperti ini sangat baik untuk pemilik kenderaan mempamerkan bakat custom masing-masing disamping membuka minat orang ramai untuk lebih mendalami dunia custom.

Jumpa lagi di Art of Speed 2018 nanti !