Volkswagen Passat 1.8 Trendline – Biar Bergaya Asalkan Jerman

Katalah apa pun kereta Jerman ni seolah olah ada satu aura yang membuatkan orang Malaysia tertarik kepada mereka.

Tambah pula jika jenama yang ditawarkan ikonik dan dikatakan menjanjikan status klasik untuk hampir semua model yang ditawarkan.

Dalam segmen D, ataupun kereta keluarga yang besar yang juga ada kala digelar segmen eksekutif, jenama adalah sangat penting.

Kalau kita beli sebarang kereta segmen D dan bila sampai ke rumah buat kali pertama langsung jiran bertanya: “Kereta model ap ani?” dah tentu hati kita jatuh. Dah penat penat belanja mahal taka da siapa kenal kereta apa kita pandu.

Selain dari membeli jenama mewah, segmen D merupakan segmen pemula bagi kenderaan yang menawarkan status kepada pembeli, maka secara semulajadi sebarang jenama dari Jerman akan mendapat tempat di hati pembeli.

Volkswagen sememangnya cuba meletakkan jenama mereka dalam lingkungan pasaran premium tetapi ini sebenarnya satu sasaran yang agak sukar kerana VW masih baru bertapak dan tidak cukup kuat untuk status premium Eropah.

Ini memaksa mereka untuk bersaing dalam pasaran kereta keluarga segmen D Malaysia yang sudah lama dikuasai oleh jenama Jepun yang menawarkan nilai lebih baik, sokongan lepas jualan yang dipercayai dan reputasi kenderaan mereka tahan lama, lasak dan tidak manja.

Bila VW tidak dapat menetapkan pasaran dan terpaksa bersaing dalam pasaran sudah ada yang begitu kompetitif dan sedang mengecil, sudah tentu mereka terpaksa menawarkan pelbagai peralatan bagi menarik pembeli.

Dalam model Passat ini spesifikasi yang boleh dikatakan mengujakan adalah kotak gear DSG yang canggih tetapi inilah juga punca kerisauan ramai pembeli jenama tersebut.

Teknologi DSG, walaupun mampu menjanjikan kepuasan pemanduan ianya kurang cemerlang dalam keadaan penggunaan lasak dan iklim tropika di Malaysia telah banyak mencabar teknologi ini ke tahap kegagalan.

Sebagai pelopor teknologi DSG di pasaran Malaysia dan menawarkan kenderaan mereka pada harga menarik, VW merasai tamparan paling hebat apabila kotak gear tersebut tidak berjaya berfungsi dengan tahan dan lasak.

Bilangan kerosakan dan kegagalan pihak perkhidmatan lepas jualan menangani masalah tersebut telah menjumankan reputasi VW dengan agak teruk, namun ianya masih lagi boleh diterima oleh pembeli, jika harganya mengancam.

Setelah mencuba kereta ini kami dapati ianya mempunyai ciri menarik Jerman, seperti rekabentuk luaran dan dalaman yang begitu kemas dan terkini, tidak terlalu menunjuk dan cukup sekadar semua hiasan dan kemasan terletak sahaja.

Kabin Passat juga direkabentuk terbaik dari segi ergonomik, tambah pula ia dikemaskan dengan bahan berkualiti tinggi yang memberikan pemandu dan penumpang satu rasa premium.

Namun kekurangan yang agak menonjol, dari segi kamera undur dan pemula enjin tanpa kunci mungkin menghantui pembeli dan menjauhkan mereka dari Passat 1.8 Trendline.

Kalau nak tahu berapa skor Passat 1.8 Trendline ini, jom tonton video pandu uji kami.