Honda Malaysia telah melancarkan model Jazz 2017 Facelift untuk pasaran tempatan. Honda Jazz versi hybrid juga telah dibawa semula ke pasaran tempatan dan lebih istimewa, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menerima Jazz dengan teknologi Sports Hybrid I-DCD ini selain dari Jepun. Walaupun rekaan luaran tidak kelihatan perbezaan dari versi petrol, namun enjin dan transmisinya adalah serba baru, tidak sama dengan janaan hybrid terdahulu yang digunakan pada kenderaan Honda.

Teknologi yang ditawarkan pada Jazz Hybrid generasi baru ini jauh berbeza
dengan teknologi pada model sebelum ini. Jika Jazz Hybrid sebelum ini menggunakan teknologi Integrated Motor Assist (IMA), model baru ini telah beralih menggunakan sistem Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual-Clutch Drive) yang memberi lebih kuasa serta lebih efisen.

Berbeza dengan Jazz petrol yang dipasangkan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC, Jazz Hybrid ini dikuasakan dengan sistem i-DCD, ia didatangkan dengan enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC bersama 7-speed Dual-Clucth Automatic Transmission (DCT) dengan motor elektrik bersepadu, dan bateri lithium-ion (Li-ion) oleh Blue Energy. Sistem berkenaan telah diuji selama 2 tahun di sini dan mengesahkan ia tidak akan memberi masalah kepada pengguna.

Sistem ini juga termasuk sistem brek servo elektrik untuk pengecasan dan penjanaan semula tenaga yang lebih baik dan pemampatan yan didorong oleh elektrik.
Sebagai perbandingan, model petrol biasa hanya menghasilkan kuasa 120PS pada 6,600rpm dan tork maksima 145Nm pada 4,600rpm. Model Hybrid jelas lebih berkuasa dengan menghasilkan 110PS dan tork maksima 134Nm, manakala motor elektrik yang dibekalkan pula mampu menjana 30PS (22kW)/160Nm, menghasilkan kuasa keseluruhan 137PS dan tork maksima 170Nm.

Dengan kuasa tambahan yang dijana dari motor elektrik juga memberikan respon yang lebih baik pada model Hybrid ini berbanding model petrol.
Sistem Hybrid i-DCD pada Jazz Hybrid ini menghasilkan kuasa yang setara dengan enjin 1.8L tanpa induksi paksaan (Civic 1.8 menjadikan 141PS/174Nm, yang hanya 4PS/4Nm lebih) dalam masa yang sama mampu mencapai penggunaan petrol hanya 4.0L untuk perjalanan 100km. ia bersamaan dengan 25km/l berbanding 17.2 km/l yang dicapai oleh Jazz Hybrid sebelum ini.

Berbanding dengan Jazz Hybrid lama yang menggunakan sistem IMA dengan enjin 1.3L dan bateri Hydride Nikel-Logam (Ni-MH), sistem Sport Hybrid i-DCD ini mampu menghasilkan kuasa dua kali lebih besar dan juga tork 1.8 dalam pakej yang lebih kecil dan ringan.
Perubahan besar yang lain pasa sistem i-DCD berbanding sistem IMA adalah transmisinya, di mana gearbox CVT kini digantikan dengan 7-Speed Dual-Clucth Automatic Transmission (DCT), tetapi varian Hybrid ini tidak disediakan mod manual atau pedal pada stereng. Ianya hanya dikhaskan untuk model petrol varian V.

Sistem Hybrid i-DCD ini boleh beroperasi dengan mod elektrik sepenuhnya tanpa menghidupkan enjin petrol berbanding sistem IMA yang hanya bertindak sebagai motor sokongan ketika kereta sedang memecut dan enjin petrol sentiasa dalam keadaan hidup ketika ia sedang bergerak. Walau bagaimanapun, nada tidak boleh memilih sendiri agar sistem ini berfungsi dengan mod elektrik sepenuhnya dengan menggunakan suis atau sebagainya, sebaliknya sistem berkenaan dikawal oleh komputer secara automatik bila mod elektrik sepenuhnya ini boleh digunakan.

Jazz Hybrid ini akan sentiasa bermula dalam mod elektrik dan enjin petrol hanya akan dihidupkan secara automatik apabila ia diperlukan.
Mod elektrik sepenuhnya ini dapat digunakan sehingga kelajuan 80km/j. Jika pemanduan secara konsisten dengan kelajuan purata sekitar 40-50km/j, ia mampu bergerak pada jarak satu hingga dia kilometer tanpa menghidupkan enjin petrol. Ketika pedal dikerah untuk memecut, enjin petrol dan motor elektrik akan beroperasi serentak untuk memutarkan roda hadapan.

Enjin petrol akan berfungsi secara sendirian ketika memandu pada kelajuan tinggi dan hanya dibantu oleh motor elektrik sekiranya tekanan diberikan pada pedal, misalnya untuk memotong.
Butang mod ‘S’ (untuk Sport) turut disediakan dan diletakkan berhampiran dengan penukar gear yang direka khas untuk varian Hybrid ini. Jika mod ‘S’ dipilih, enjin petrol dan motor elektrik akan berfungsi serentak bagi memberikan kuasa keseluruhan, disertakan dengan corak penukaran gear yang lebih sporty. Pengendalian Jazz Hybrid ini lebih dinamik dari Jazz petrol dimana Honda telah memadankan ‘performance rod’ bagi meningkatkan kekerasannya, kadar spring dan kadar penyerapan hentakkan yang tersendiri serta nisbah stereng yang lebih pantas (14.7 vs 16.7 ratio) berbanding dengan Jazz biasa.

Selain itu, komponen yang menyepadukan bateri Li-in dan converter dikenali sebagai Intelligent Power Unit (IPU) juga kini 23% lebih kecil dan juga 5.6% lebih ringan dari yang sebelum ini, disamping ia mampu menghasilkan kuasa lebih besar (10kW untuk IMA dan 22kW untuk i-DCD). Ia diletakkan pada lantai boot belakang, ini bermakna Jazz Hybrid masih lagi tidak diberikan tayar spare, sebaliknya dibekalkan dengan kit baik pulih sementara yang diletakkan pada bahagian sisi boot.

Kapasiti boot Jazz Hybrid ini hanya 49L, lebih kecil berbanding Jazz petrol, memberikan ruang keseluruhan 314L. Tempat duduk belakang tetap sama, masih boleh dilipat bagi memberikan ruang tambahan dengan kapasiti 835L untuk Jazz Hybrid dan 881L untuk Jazz Petrol. Konfigurasi Ultra seat signature Jazz masih sama dan boleh digunakan sepenuhnya.
Kereta hybrid ini sememangnya mempunyai kelebihan dari segi harga kerana pihak kerajaan mahu mengurangkan penggunaan bahan api dan menjadikan Honda Jazz hybrid ini satu-satunya model kereta hybrid di bawah RM 90 ribu. Walau bagaimanapun, persepsi berkenaan ketahanan sistem hybrid dan kebimbangan akan kerosakan terhadap baterinya masih lagi menebal.

Selain dari perlindungan warranty selama lima tahun yang diberikan oleh Honda, bateri untuk sistem Hybrid berkenaan turut menerima perlindungan warranty selama lapan tahun tanpa had. Ini mungkin dapat memberikan keyakinan kepada pembeli kereta Hybrid.