DS automobile DS5, satu jenama mewah yang asing dari jenama citroen membawa beberapa jenis perubahan yang menjadikan kereta ini begitu menarik. Model DS5, model utama dengan wajah depan DS Wings yang unik, komponen utama identiti jenama DS yang menjanjikan reka bentuk avant-garde, penghalusan yang tinggi, teknologi canggih dan keselamatan dinamik yang luar biasa.

Di bahagian depan, Gril DS hexagonal Wings mempunyai reka bentuk grafik yang benar-benar unik dari jenama DS. Lampu depan baru LED dan teknologi Xenon untuk pencahayaan yang lebih baik dengan sequential indicators dan fog lamp with static cornering, menggambarkan penghalusan dan perincian DS. Windscreen yang memanjang hingga ke roofline menambahkan lagi sentuhan yang unik.

Manakala di bahagian belakang dilengkapi dengan six light giude, wide track, twin tailpipes dan juga dipasang dengan glass-mounted rear spoiler yang memberi garis halus antara hatchback dan estate supaya lebih kelihatan tinggi dan besar daripada reka bentuk badannya. Ia mungkin kelihatan seperti kaca tetapi separuh daripada bumbung belakang dan pillar C adalah acrylics.

Interior premium DS5 sangat disukai, ia sememangnya kelihatan dan dirasakan cukup premium. Sememangnya DS5 ini direka bentuk lebih mementingkan gaya berbanding praktikal, contohnya tempat duduk berwarna putih yang menjadikannya sukar untuk dijaga dan tidak terdapat ‘cup holder’ untuk tempat duduk bahagian hadapan. Terdapat 3 glass canopy dimana setiap satu untuk pemandu dan penumpang depan dan yang lebih besar untuk kabin belakang. Diperincikan dengan kemudahan dan keselesaan yang mewah seperti aluminium door croos bar, console trim, metal gear knob, interior door hand, dan dashboard uphold. Dengan bahan sentuhan lembut yang diperincikan dengan chrome membuatkannya kelihatan mewah, juga berfungsi sebagai penyerap bunyi untuk perjalanan yang tenang dan selesa.

Di bahagian dalaman, DS5 dilengkapi dengan sistem infotainment Touchdrive baru. Menyediakan akses kepada semua fungsi dalam kereta seperti navigasi, media playback, Bluetooth connectivity dan juga smartphone screen mirroring, sistem ini dihubungkan dengan sistem audio Denon.
Ciri-ciri premium lain yang terdapat pada CS5 termasuklah sistem penghawa dingin automatik dua zon, keyless entry and start, kerusi depan boleh laras elektrik, lampu xenon dan wiper automatik, front and rear parking sensor, head-up display, ruang udara penghawa dingin belakang, electrics sunshades dan leather upholstery. Kapasiti boot CS5 ialah 465L dan memberi ruang keseluruhan 1,288L jika tempat duduk belakang dilipat.

CS5 dikuasai dengan enjin petrol THP165 1.6L dengan 163hp dan 240Nm yang dikendalikan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Dengan gearbox automatik EAT6 6-kelajuan terkini, ia menyampaikan 40% gear shift lebih pantas dan nisbah gear yang lebih luas untuk prestasi pikap yang lebih pantas juga memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, dinamik dan tangkas.
Kuasa pecutannya mampu mecapai 0-100km/j dalam masa 9.3 saat dengan kelajuan maksima 212km/j. Penggunaan bahan api pula disekitar 5.9L setiap 100km, manakala pelepasan CO2 dinilai pada 135g/km.
Dari aspek keselamatan pula, DS% dilengkapi dengan enam beg udara (depan, sisi, tirai) dan blind sport monitoring system. Juga dilengkai dengan tambahan keselamatan seperti electronic stability program (ESP), anti-lock braking system (ABS), emergency brake assist (EBA), electronic brake distribution (EBD) dan dynamic stability control (DSC). ISOFix juga ada disediakan untuk tempat duduk belakang.

DS5 merupakan kereta untuk kegunaan santai. Ianya lebih mementingkan keselesaan. Jika mahukan modal yang mempunyai gaya individu yang ekslusif dengan teknologi yang sesuai, DS5 boleh menjadi pilihan yang terbaik. Dengan rekabentuknya yang unik, spesifikasi tahap yang tinggi dan penggunaan bahan terbaik dalam kereta ini, Engear memberikan rating 6.5/10 untuk DS5.