Toyota Sienta, Kereta Terbaik Untuk Balik Kampung.

Kita di Malaysia ni suka makan dan suka balik kampung.

Kalau dengar ada shell-out murah dan sedap atau itik salai power atau lamb chop spesial, memandu seratus kilometer pun sanggup.

Bab balik kampung tak payah sebut lah, pantang lepa aje, habis kosong KL dibuatnya.

Dalam memenuhi kedua dua aktiviti makan dan balik kampung ni, seelok-eloknya orang Malaysia ni kena naik bas sebab kalau boleh kita nak bawa seberapa ramai kawan kawan dan kaum keluarga yang boleh.

Memandangkan kebanyakkan rumah di Malaysia ni tidka mempunyai ruang parkir kenderaan yang cukup besar waima untuk bas mini sekalipun, maka usaha untuk mencari kenderaan pelbagai buna yang terbaik harus diteruskan.

Dalam usaha murni ini, Toyota telah mencuba nasib dengan sebuah kereta yang mengambil bentuk kasut but, bermuncung kontot dan berbumbung tinggi.

Bentuk kasut yang terhasil mungkin tak disengajakan tetapi menurut Toyota, inspirasi rekabentuk kereta ini memang datang dari rupa kasut sukan yang kini ditawarkan dengan pelbagai rekabentuk yang berciri kemasan halus.

Jika kita tengok kasut sukan hari ini, ia mempunyai belbagai kemasan dari segi warna, rekabentuk, potongan fabrik, hiasan, bahan, dan cara ia melekap pada kaki.

Kemeriahan rekabentuk kasut sukan inilah yang telah menjadi sumber idea rekabentuk untuk kenderaan pelbagai gunak kompak yang diberi nama Sienta ini.

Sempena mengambil inspirasi rekabentuk kasut sukan, kitab oleh melihat pelbagai cara menghasilkan kemasan yang unik, dari rekabentuk lampu, lekapan plastik dan juga aturan pintu.

Kepelbagaian rekabentuk telah menajdikan Sienta sebagai salah satu MPV kompak yang paling unik di pasaran dan ada juga yang berpendapat ia kelihatan amat premium. Padanlah dengan harga yang hampir mencecah RM100,000.

Selain dari rekabentuk luaran yang mencuit hati, ia juga dilengkapkan dengan peralatan yang banyak dan ini termasuk kerusi baris ketiga yang boleh dilipat hingga hilang ke bawah lantai, pintu sisi gelongsor berkuasa dan penggunaan bahan fabrik yang ceria di dalam kabin.

Kali ini kami paparkan pandu uji yang dilakukan oleh seorang expat Jepun yang sudah rrrama tinggal di Marraysha.

Beliau ialah seorang peminat karektor ciptan Fujio F. Fujiko, iaitu Doraemon yang mempunyai poket ajaib.

Menurut beliau Sienta ini dilengkapkan dengan pelbagai ruang simpanan sehingga ianya kelihatan seperti mempunyai poket ajaib.

Saksikan pandu unji Toyota Sienta kami. Jangan lupa untuk booking unit anda sebelum Raya ni.