Segmen kenderaan jenis SUV atau crossover ternyata semakin berkembang dengan hampir setiap jenama mempunyai model mereka yang tersendiri. Bagi SUV atau crossover lima tempat duduk segmen C, iaitu segmen yang boleh dikatakan paling popular. Mazda juga tidak ketinggalan dengan adanya model Mazda CX-5 yang mempunyai rekaan yang kemas, ringkas dan elegan.

Dengan penampilan gaya yang moden dan sporty menjadikan Mazda CX5 idola bagi pencinta otomotif, terutamanya bagi mereka yang sukakan gaya sporty. Mazda CX5 ada kelebihannya sendiri bagi kenderaan crossover yang lebih sempurna daripada yang lain.
Dari segi interior, Mazda CX-5 tidak begitu memuaskkan kerana keseluruhan bahagian dalamnya bewarna hitam dan gelap, ini menampakkan ruang dalamannya sempit. Papan pemuka juga kelihatan sederhana. Walau bagaimanapun, ianya tetap nampak lebih elegan.

Selain dari itu, terdapat banyak ciri dalaman yang sedia ada untuk memberi keselesaan kepada pengguna termasuklah Monitor LCD 7.0 inci, Sunvisor, Dual Climate Control Air yang dapat menyesuaikan suhu dalam kenderaan menjadi lebih sejuk, Panel Instrumen Illuminasi, Cruise Control dan banyak lagi.

Kerusi depannya yang cukup selesa untuk pemanduan kerana ia menyokong badan di bahagian pinggang untuk lebih keselesaan pada pemanduan jarak jauh. Ia juga dilengkapi dengan stereng boleh laras untuk sudut dan capaian supaya lebih selesa dan mendapat kesesuaian kepada pemandu.
Ditambah pula dengan ruang dalam yang luas untuk meningkatkan lagi keselesaan.
Rekabentuk luarannya juga nampak ringkas. Pada masa yang sama pendekatakan rekaan ini turut digunakan pada beberapa model mazda yang lain dan dianggap sebagai satu ‘konsep rekaan keluarga’ yang menjadikan kesemuanya apabila dipandang sekali imbas nampak sama sahaja.

Tetapi kalau diperhatikan secara teliti barulah anda dapat lihat perbezaannya, dan yang paling jelas, CX-5 adalah satu-satunya yang menggunakan rekaan seperti jaring pada bahagian dalam gril yang berwarna hitam, sekaligus membuatkan logonya nampak seperti terapung.
Bukan hanya ciri-ciri luaran yang lengkap tetapi ciri dalaman juga sangat lengkap. Mazda CX5 tidak hanya mengutamakan keselesaan semasa memandu sahaja,tetapi ia juga mengutamakan keselamatan semasa pemanduan. Ini dibuktikan dengan adanya ciri-ciri keselamatan seperti 6 SRS (Supplementary Restraint System) Airbags, 3-Point Seatbelts & headrests on All Seats, Antilock Brake System (ABS), Electric Brakeforce Distribution (EBC), Emergency Brake Assist (EBA), Dynamic stability Control (DSC) dan Traction Control System (TCS), Tire Pressure Monitoring (TPM) system, Lane-keep Assist system (LAS), Idling stop system Mazda (i-STOP), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) system, Lane Departure Warning system, Blind Spot Monitoring system ( BSM), dan Smart City Brake Support (SCBS).

Mazda CX-5 juga dilengkapi dengan banyak teknologi keselamatan lanjutan i-ACTIVSENSE Mazda yang membantu pemandu untuk mengelakkan kemungkinan bahaya dan meminimumkan kerosakan akibat kesan pelanggaran yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti, SMART CITY BRAKE SUPPORT (SCBS) FRONT. Pada kelajuan hadapan 4-30km/j, SCBS memantau kenderaan di depan untuk mengelak kemungkinan perlanggaran.

Sekiranya risiko tinggi dikesan, ia memberi amaran bunyi ‘bip’ untuk respon yang lebih cepat. Sekiranya pemandu tidak memberi sebarang respon, SCBS akan diaktifkan secara automatik. Manakala, Driver Attention Alert (DAA) pula berfungsi untuk mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh keletihan pemandu. Blind Spot Monitoring (BSM) pula memaklumkan kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan yang menghampiri dari belakang dan di lorong bersebelahan di mana-mana ia dipaparkan dengan ikon di cermin sisi kenderaan.

Beralih kepada pengendalian. Mazda CX-5 didatangkan dengan sistem Electric Power Steering Assist (EPSA) yang agak mantap dan dapat memberi maklum balas yang setara dengan Hydraulic Power Steering (HPS). Sistem ini membuatkan stereng terasa agak ringan dan boleh dikendalikan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja dan ini sangat membantu untuk keselesaan semasa pemanduan.

Mazda CX-5 adalah sebuah SUV yang berbaloi untuk dimiliki bukan hanya kerana pengendaliannya yang baik ketika dipandu di jalan yang lurus tetapi juga pada permukaan jalan yang kurang memuaskan. Suspensionnya juga tidak begitu keras, lembut dan menyerap apa jua keadaan jalan dengan baik. Apabila memandu pada kelajuan tinggi, genggaman tayar pada permukaan jalan sangat stabil walaupun memasuki sudut selekoh. Untuk menyokong prestasi kereta ini,

Mazda CX5 dilengkapi dengan enjin 2.0L 4 silinder SkyActiv-G dan dikendalikan dengan 6-speed SkyActiv-Drive Automatic Transmisson. Dengan ini, Mazda CX-5 membuktikan prestasi yang responsif walau dalam apa jua keadaannya dan Engear memberikan rating 7.25/10 untuk kereta ini.