Apabila orang memilih untuk memiliki kereta jenis SUV, mereka memikirkan untuk memiliki sebuah jentera panduan yang lasak. Walaupun SUV ialah sebuah kenderaan pacuan 2 roda, tetapi ianya mempunyai kuasa untuk dipandu secara lasak ke kawasan-kawasan yang sukar dan berliku.

Hyundai Tuscon yang diambil sempena nama bandar di Arizona, Amerika Syarikat kini menawarkan versi terbaru yang menggunakan enjin 2.0 liter turbodiesel.
Enjin Turbo Diesel CRDi 2.0 liter adalah kejutan terbesar dan boleh mengubah pandangan anda pada enjin yang dikuasakan oleh Diesel. Turbo Diesel 2.0 liter ini mampu menghasilkan kuasa 183hp pada 4,000rpm dan mencapai maksima tork 400Nm dari 1,750 hingga 2,750 rpm, menghasilkan tork 135Nm lagi lebih dari enjin petrol turbo. Enjin turbo diesel dikendalikan dengan transmisi conventional 6-speed automatic without paddle shifters yang dihantar ke roda depan. Kadar penggunaan bahan api juga amat memuaskan dengan 7.6L untuk setiap 100km, juga dalam mod pemanduan yang maksima.

Versi yang kedua pula menggunakan enjin TGDi 1.6 liter (dikongsi dengan Elantra Sport sedan), walaupun enjin itu diperincikan dan dilengkapi dengan turbocharger single scroll dan bukannya twin scroll, ia menghasilkan 174hp pada 5,500rpm, tetapi mengekalkan output tork yang sama dengan 265Nm dari 1,500 hingga 4,000rpm. Catatan secara purata penggunaan petrol ialah 8.7L untuk setiap 100km. Ianya berada pada tahap yang mengagumkan, memandangkan pemanduan kebanyakkannya lebih kepada pemanduan maksima. Unit petrol turbo dikendalikan dengan transmisi 7-speed dual clutch, yang mempunyai tiga mod pemanduan untuk dipilih: eco, normal dan sport. Dalam mod
‘sport’ stereng menjadi berat dan transmisi memegang gear lebih lama. Jika dalam mod ‘manual’, boleh memilih gear dan menukar gear menggunakan paddle, tetapi gearbox akan mengambil alih secara automatik jika telah mencapai kelajuan yang maksima pada enjin.

Kedua-dua Compat SUV ini boleh dikatakan berada pada harga yang munasabah dan cukup baik untuk bersaing dengan pesaing yang bernama besar. Tetapi harus memilih antara mana yang sesuai, enjin petrol turbo sesuai untuk kegunaan bandar manakala diesel adalah untuk perjalanan jarak jauh yang kerap.
Beralih kepada pengendalian, dengan sistem Electric Power Steering Assist (EPSA) yang agak mantap ini membuatkan stereng terasa agak ringan dan boleh dikendalikan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja dan ini sangat membantu untuk keselesaan semasa pemanduan.

Engear juga menguji pemanduan kereta ini di dalam keadaan hujan, dengan sistem Vehicle Stability Management (VSM) yang ada dilihat mampu membantu pemandu mengawal keadaan kenderaan di jalan yang licin. Suspensionnya juga tidak begitu keras, lembut dan menyerap apa jua keadaan jalan dengan baik. Genggaman tayar pada permukaan jalan sangat stabil biarpun dalam kelajuan yang agak tinggi dan kestabilannya masih mampu dirasai walaupun melalui sudut jalan yang berselekoh.

Mengenai reka bentuk luaran dinamik Tucson; wheel arch trimmings adalah ciri reka bentuk standard untuk Compact SUV moden, yang memberikan reka bentuk luaran yang dinamik dan ekspresif. Selain itu, model Diesel dan Turbo GDI Tucsons juga dilengkapi dengan chrome radiator grille, lampu hadapan narrow-eyed LED standard dengan lampu siang LED dan fog lamps. Ciri-ciri moden lain yang ada pada kedua-dua model adalah electrically adjustable and folding mirrors dan puddle lamp. Kedua-dua model 1.6 T-GDi dan 2.0 CRDi didatangi dengan Gun Metal alloy wheels 17 inci.

Mengulas mengenai ruangan dalaman kereta pula,tempat duduk pemandu kedua-dua kereta ini dilengkapi dengan 8-way electrically adjustable seats with lumbar support yang memberikan pemandu tahap keselesaan dan sokongan yang tinggi pada pemanduan jarak jauh. Seperti penumpang di depan, penumpang belakang juga dapat menikmati banyak keselesaan. Kerusi belakang boleh dilipat ke bawah 60:40, dan sesuai dengan keinginan dua orang dewasa sama ada duduk tegak atau berbaring. Di bahagian belakang juga dilengkapi dengan retractable center armrest dengan ruang untuk meletakkan dua botol minuman. Kedua-dua varian Diesel dan Turbo GDI ini turut dilengkapi dengan rear air-conditioning vent untuk lebih keselesaan kepada penumpang belakang.

Susun atur papan pemuka adalah ergonomically pada titik capaian dengan semua kawalan, butang dan suis yang terletak di dalam jangkauan pemandu dan penumpang. Kawalan stereng adalah besar dan chunky dan mempunyai maklum balas sentuhan yang memuaskan kepada pemandu.
Dengan adanya Tuscon’s Smart Tailgate System memudahkan anda memuat dan memunggah barang, apabila berdiri selama tiga saat di belakang kereta, boot akan terbuka secara automatik sekiranya kunci berada dengan anda. Ciri ini hanya terdapat dalam model Turbo GDI dan Diesel yang membolehkan akses bebas tangan ke dalam ruang kargo. Capasiti ruangan kargo ialah 488L dan boleh mencapai sehingga 1,503L dengan melipat kerusi belakang.

Seperti semua kereta Hyundai semua varian Tucson dilindungi dengan jaminan pengeluar 5 tahun atau 300,000 km (mana yang lebih awal) dan berhak kepada perkhidmatan percuma 50,000 km dalam tempoh 3 tahun pertama. Terdapat juga perkhidmatan bantuan jalan selama 24 jam yang disediakan untuk kenderaan Hyundai yang baru dan sedia ada. Semua varian Tucson telah diberikan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dari kerajaan Malaysia.