Honda BRV – Pelopor Crossover 7 Tempat Duduk 

Orang Malaysia ni anak ramai, selalunya lebih dari dua orang dan kerap juga lebih dari tiga orang. Keluarga yang besar ni memaksa kita mencari kenderaan yang mempunyai lebih dari lima tempat duduk dan inilah antara faktor yang menjadikan kenderaan tujuh tempat duduk semakin popular.

Harga untuk kenderaan tujuh tempat duduk bermula dari sekitar RM55 ribu dan antara produk pilihan dalam julat harga bawah RM100 ribu termasuk Perodua Alza, Proton Ertiga, Proton Exora, Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan juga Honda BR-V.

Honda membuat kejutan apabila menawarkan BR-V pada harga bawah RM90,000 dan ini menjadikannya sebuah produk keluarga mampu milik tetapi berjenama premium.

Kemasukan Honda BR-V ke segmen pasaran ini telah menyebabkan sedikin pergolakan kerana ramai pembeli menjadi teruja dengan prospek memiliki produk Honda pada harga yang tidak terlalu membebankan kewangan mereka.

Ini telah membantu Honda mencatat kejayaan awal dari segi jualan, mencatat tempahan hampir 10,000 unit dan pendaftaran melebihi 5,000 unit dalam tempoh tiga bulan pertama di pasaran. Ini terus melonjakkannya ke kedudukan teratas dalam segmen MPV/SUV.

Adakah Honda BR-V produk yang terbaik dalam segmen MPV/SUV keluarga dan apakah perkara yang kami suka dan tidak suka tentag model ini.

SUKA

Rekabentuk eksklusif dan ramai menyangka harga lebih RM100,000

Rekabentuk papan pemuka yang canggih dan ranggi

Kehalusan kemasan dalam kabin

Rekabentuk lampu belakang yang gah dan memberi imej tersendiri

Penyaman udara untuk penumpang belakang

 

TAK SUKA

Penggunaan plastik keras pada papan pemuka

Kekurangan kuasa dari enjin

Enjin berasa kasar bila dikerah

Tangki petrol kecil, julat perjalanan sekitar hanya 400km

 

SPESIFIKASI

Bentuk Badan MPV/SUV 7-tempat duduk
Pacuan Roda Hadapan
Jenis Enjin Empat silinder selari, bahanapi petrol
Kapasiti Enjin 1,497cc
Kuasa Max 120(88)@6,600rpm
Tork Max 145Nm@4,600rpm
Kotak Gear CVT
Suspensi Depan MacPherson Strut
Suspensi Belakang Torsion Beam
Brek Depan Disk berongga
Brek Belakang Dram
Ciri keselamatan ABS, VSC, Hill Start Assist, kamera undur, lekatan ISOfix, Kabin keselamatan
Ciri keselesaan Push-start, penyaman udara automatik,  skrin sentuh infotainment, sambungan bluetooth peranti pintar, suis kawalan di stereng