Triumph Bonneville Bobber – Motorsikal Retro Klasik Moden

Dunia motorsikal adalah lebih luas dari dunia kereta kerana lebih ramai yang menggunakan motorsikal dan terdapat lebih banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan ribuan jenis dan model berbeza.

Jiwa kustom juga lebih luas berkembang dalam dunia dua roda kerana ianya lebih mudah dilakukan dan boleh menghasilkan perubahan yang dramatik tanpa memerlukan modal yang terlalu banyak.

Triumph merupakan satu jenama klasik yang kini segar di pasaran dengan menawarkan motorsikal unik berperisa British yang dikira bertaraf mewah pada harga yang lebih berpatutan.

Model dua-kegunaan dan street bergabung dengan rekabentuk klasik menjadikan Triumph satu jenama unik diamana seorang penunggang boleh memiliki motorsikal moden dengan nama klasik ataupun memilih untuk menunggang sebuah jentera klasik yang kelihatan tulin tetapi menggunakan teknologi terkini untuk memastikan ianya mudah dikendali dan diselenggara.

Untuk memenuhi kehendak dunia kustom yang semakin berkembang di seluruh dunia, Triumph kembali ke asal usul dunia kustom, dunia motorsikal pasca Perang Dunia Kedua bilamana motorsikal mula menjadi simbol counter-culture. Bilamana coutner culture bermula.

Apbila ratusan ribu, mungkin jutaan soldadu pulang ke negara masing-masing mata mereka sudah terbeliak dengan realiti dunia dimana kekejaman dan kehilangan perikemanusiaan menjadi rutin harian mereka.

Mereka kembali ke rumah dengan minda yang terbiasa berfikir tentang pentingnya kehidupan dan ramai juga yang kembali tanpa sebarang kefahaman mengapa mereka perlu bertarung nyawa. Untuk Apa? Untuk kemenangan politikus. Ini menjadikan budaya arus perdana kelihatan jelek.

Pada masa yang sama puluhan juta jentera perang tentera Amerika Syarikat dibawa pulang dan dalam senarai ini termasuklah ratusan ribu motorsikal.

Motorsikal pra perang dunia kedua boleh dikatakan sebagai pendahulu kepada motorsikal moden hari ini dan ia menggunakan rangka yang berbentuk serupa seperti basikal, rangka ini  mengelilingi enjin dan kotak gear dan akhirnya membentuk segitiga akhir untuk memegang gandar roda belakang.

Seperti basikal, ia tidak mempunyai sistem suspense, kecuali spring dan penyerap hentakan untuk roda depan. Kerangka jenis ini dipanggil hardtail.

Apabila motorsikal ini kembali ke Amerika, bekas askar membelinya untuk kegunaan mereka maka mulalah dunia kustom secara meluas dan antara modifikasi paling awal ialah pembuangan gad lumpur depan dan belakang dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih minimalis dan kecil.

Pemotongan gad lumpur belakang digelar bobbing, sepertimana rambut perempuan yang pendek digelar bob.

Maka lahirlah motorsikal gaya Bobber.

Triumph Menawarkan Bonneville Bobber bermula pada harga RM75,000. Ini menjadikannya RM30,000 lebih murah dari sebarang motorsikal cruiser berenjin V-twin 1200cc dari Amerika ataupun Eropah.

Gaya ini juga telah menjadikan Triumph lebih terkenal dan angka jualan mereka di seluruh dunia melonjak akibat kelahiran motorsikal ini.

Saksikan video review kami.