Modenas Pulsar NS200 – Motorsikal Idaman Kamen Rider

Bukan semua superhero banyak duit. Kamen Rider, superhero dari Jepun merupakan pelajar kolej yang menentang kejahatan antara kelas dan masa ulangkaji.

Maklumlah pelajar ni bukan banyak duit, harap tunggu duit biasiswa atau PTPTN awal tahun aje baru boleh mewah sikit, kalau yang tak buat kerja separa masa tu, kadang kadang terpaksa ikat perut.

Namun demi semangat juang menentang raksaksa mereka meneruskan juga semua usaha dan memandangkan nak beli kostum juga memerlukan duit, kumpulan Kamen Rider sentiasa mencari motorsikal yang harga berpatutan sebagai pengangkutan rasmi.

Sebagai superhero bertopengkan pelajar yang mempunyai bajet terhad, mereka juga mahukan jentera yang tahan lasak dan tak manja.

Apabila pasaran mula berbisik tentang usahasama antara Modenas dan Bajaj, mereka telah menghantar perisik untuk mendapatkan maklumat tentang model yang akan dibaw masuk.

Bajaj merupakan jenama motorsikal ketiga terbesar di dunia dan mereka terkenal dengan jentera yang tahan lasak dan boleh dipandu setiap hari untuk kerja, tak kiralah samada anda kerja di pejabat atau menentang raksasa.

Dengan tiga kriteria penting ini, mereka sudah cukup teruja dan tak sabar menunggu ketibaan jentera Pulsar di pasaran Malaysia.

Kami dapat berjumpa dengan Kamen Rider Baja Hitam ketika beliau diberi peluang menguji Pulsa NS200 di lokasi rahsia.

Dengar amanat Baja Hitam tentang Pulsar NS200 yang baru ini.

Anda mesti terkejut mendengar bagaimana enjin triple spark plug jentera ini mampu menghasilkan kuasa yang cukup banyak dan tork pada kelajuan rendah yang menjadikannya sesuai untuk keguaan mengedar raksasa setiap hari.

Keupayaan ia melalui laluan lasak, maklumlah ianya direkabentuk untuk kegunaan di pasaran India dan pasaran lasak, menjadikan motorsikal ini cukup sempurna sebagai tunggangan kamen rider.

Harga pun OK untuk mereka yang tak suka membazir walaupun gaji dah besar.