Harini ini, tidak asing lagi untuk model SUV baru tiba di pasaran. Di sinilah model Sport Utility Vehicle (SUV) Mercedes Benz GLC 200 diperkenalkan sebagai sebuah model premium yang dihasilkan penuh bergaya. Ia dilengkapi dengan reka bentuk luaran gabungan penggunaan jalan raya dan off-road yang membawa karakter SUV dengan ciri-ciri rekaan bentuk tahan lasak berbadan besar, dan dibahagian hadapan berwarna chrome menampilkan kemewahan pada GLC 200.

Selain itu, GLC 200 didatangkan dengan pakej luaran off-road, rim aloi 19 inci dan lampu depan masih diterangai oleh High Performance LED . GLC 200 menawarkan harga yang paling menarik di kalangan SUV mewah. Secara keseluruhannya, kereta ini tidaklah kelihatan besar, ianya lebih kelihatan compact dengan reka bentuk yang serasi dari depan ke belakang. Reka bentuk Mercedes Benz adalah antara yang terulung dalam industri pembuatan kereta.

Ruang dalaman GLC 200 begitu luas bagi sebuah SUV, ruang dalam yang luas memberi pergerakan bebas dibahagian badan mahupun ruang kaki. Hasil titik sentuhan kulit dengan topstitching yang kemas memberikan suasana premium dan elegan yang meyakinkan, ditambah pula dengan kayu yang digunakan juga adalah kemasan kayu yang unik tidak seperti biasa, dan ia diperkemaskan lagi dengan kemasan-kemasan warna seperti logam menampakkan lagi sentuhan kemewahan pada bahagian dalam kenderaan ini.

GLC 200 dikuasakan dengan enjin 2.0L 4 in-line Turbocharger yang menghasilkan 184hp pd 5,500rpm dan 300Nm pada 1,200-4,000rpm, yang dikendalikan dengan transmisi automatik 9G-Tronic sembilan kelajuan juga dimuatkan sebagai ciri standard pada GLC 200. Apa yang menarik, GLC 200 mempunyai empat jenis mode pilihan melalui ‘DYNAMIC SELECT’ iaitu ECO, Comfort, Sport dan Sport+ yang mana setiap mode memberi fungsi tersendiri.

Model ini mampu memberi kestabilan mengikut karakter pemanduan individu, ianya dapat ditukar dari ‘DYNAMIC SELECT’ melalui ‘Command Control’ yang terletak di bahagian tengah pemandu untuk mengubah pengawalan stereng dari ‘sport’ atau ‘comfort’. Bergantung pada mode yang dipilih bagi kawalan pengendalian DYNAMIC SELECT, transmisi automatik dengan penukar tork mempunyai ketangkasan dan responsif yang hebat.

Walaupun GLC 200 ini sebuah kereta yang hebat dan cantik, tetapi ada 5 perkara yang mungkin boleh diperbaiki :-

1) Ketiadaan keyless entry untuk kereta yang hampir mencecah RM 300 ribu agak tidak berpatutan.
2) Tiada Active Cruise Control walaupun ianya kini merupakan ciri keselamatan yang penting untuk hampir kebanyakan kereta.
3) Built quality yang tidak konsisten terutamanya bagi sesetengah tempat.
4) Kotak gear, terutamanya ketika penukaran gear berlaku ada sedikit kasar.
5) Touch screen monitor terlalu kecil.

Namun GLC 200 ini juga mempunyai kelebihan yang wajar diberi penghargaan :-

1) Reka bentuk menarik.
2) Reka bentuk kabin yang mewah dan terasa begitu istimewa.
3) Kabin juga mempunyai banyak ruang simpanan barang, power outlet dan USB soket.
4) Kewujudan touch pad yang memudahkan pemandu untuk menukar pelbagai fungsi di dalam kereta.
5) Ruang berkunci di dalam but kereta untuk fungsi keselamatan menyimpan barangan berharga.
6) Butang untuk menurunkan kerusi bahagian kedua yang memudahkan untuk pengguna menyimpan barang.

Secara keseluruhannya jika anda mencari SUV untuk keluarga, GLC 200 ini boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan dan pihak Engear memberikan rating 6.75/10.