Engear Tips 101 – Apa Itu Vehicle Stability Control (VSC) 

VSC (Vehicle Stability Control) atau juga disebut VSA (Vehicle Stability Assist) merupakan sistem teknologi keselamatan yang bertindak untuk membantu mengawal kestabilan kenderaan anda.ketika berada pada kelajuan yang tinggi atau pada permukaan jalan yang licin untuk mengelakkan kenderaan anda hilang kawalan. Mungkin kita tahu cara memandu dengan selamat tetapi kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, mungkin bukan berpunca daripada kesilapan kita tetapi juga kesilapan dan kelalaian pengguna jalan raya yang lain. Kami berpendapat, fungsi VSC ini perlu ada dalam setiap kenderaan yang dipandu di negara kita, terutamnya untuk ‘family car’. Dengan adanya sistem keselamatan ini, dapat mengurangkan risiko kemalangan.

VSC membantu mengekalkan kestabilan kawalan kenderaan anda pada kelajuan yang tinggi atau pada permukaan jalan yang licin. Di mana jika anda memandu dengan kelajuan yang tinggi dan dalam keadaan permukaan jalan yang licin, berkemungkinan boleh menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan terjadinya ‘oversteer’ atau ‘understeer’.

Sebagai contoh, kereta dipandu laju di selekoh, jalan licin, hilang kawalan dan hampir terbabas. Di sinilah VSC akan bertindak dengan mengesan berlakunya kehilangan kawalan pengendalian, maka secara automatik, sistem ini akan membreak untuk mengendalikan kenderaan. Di mana brek roda hadapan akan menghalang ‘oversteer’ dan brek roda belakang pula mengelakkan berlakunya ‘understeer’. Dalam keadaan tertentu juga, VSC mampu mengurangkan kadar putaran roda sehingga kenderaan kembali terkawal.

Dengan sedikit penerangan ini, pastinya mampu membuka minda dan meningkatkan pengetahuana anda tentang aspek keselamatan yang sangat diperlukan bagi sesebuah kenderaan. Jadi jika anda berhajat untuk memiliki kenderaan baru, selain daripada ABS dan beg udara, pastikan juga VSC turut diimplementasikan pada kenderaan pilihan anda.