fbpx

Kemalangan jalan raya: 92 Tapir Malaya maut dalam tempoh enam tahun

Tapir Malaya berdepan ancaman apabila sering maut akibat kemalangan jalan raya
Tapir Malaya berdepan ancaman apabila sering maut akibat kemalangan jalan raya.

STATISTIK kemalangan jalan raya bukan sahaja menunjukkan angka membimbangkan kepada orang ramai malah turut mengancam spesis Tapir Malaya.

Memetik laporan Bernama, lebih 92 ekor spesies itu dilaporkan mati sepanjang tempoh 2015 hingga 2020.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, lebih 24 ekor Tapir Malaya mati akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.

Sedih dengan perkara itu, Shamsul mendedahkan antara kes dicatatkan termasuk di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

Tapir Malaya merupakan satu daripada lima spesies utama terbesar di dunia.

Ia merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Setiap tahun, dunia menyambut sambutan Hari Tapir Sedunia pada 27 April.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved