fbpx

Sambut gol ke-100 bersama Juventus, Dybala shopping Aventador kuning

Pemain bola sepak Juventus Paulo Dybala 'melaram' bersama kesayangan terbaharunya, Aventador S Roadster
Pemain bola sepak Juventus Paulo Dybala 'melaram' bersama kesayangan terbaharunya, Aventador S Roadster.

PELBAGAI cara disambut bagi meraikan sesuatu kejayaan dalam hidup.

Ada yang berparti, menganjurkan kenduri, bercuti dan banyak lagi.

Namun, bagi pemain bola sepak Juventus Paulo Dybala, kejayaan menjaringkan gol ke-100 untuk kelabnya disambut dengan shopping kereta.

Kereta yang dibeli pula bukannya calang-calang, Lamborghini Aventandor S!!!

Jelas Dybala, kereta itu menjadi pilihannya selepas melakukan lawatan ke kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali.

“Sudah lama saya menanti untuk mendapatkan kereta ini. Ia seperti satu penghormatan besar kerana dapat memilikinya,” katanya seperti dilapor Times of Malta.

Dybala merupakan pemain bola sepak kelahiran Argentina.

Berusia 28 tahun, Dybala telah beraksi sebanyak 29 kali untuk pasukan kebangsaan negaranya.

Aventador S Roadster

Aventador S Roadster merupakan supercar keluaran Lamborghini.

Mempunyai sistem stereng roda belakang, ia dijana enjin V12 berkuasa 740hp dan tork 690Nm.

Apakah kelebihan jentera ini?

Buat pengetahuan anda, Aventador S Roadster  mampu memecut 0 – 100 km/j kurang daripada tiga saat!

Kelajuan maksima yang boleh dicapai pula mencecah 350 km/j.

Setakat ini, harga bagi sebuah Aventador S Roadster mencecah $460,247 (sebelum cukai) atau bersamaan RM1,904,870.28!!!

Agak-agak bila pula kita mampu beli ya?

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved