Proton baru-baru ini memperlihatkan model sedan S70 RS facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ini merupakan versi facelift yang pertama sejak S70 diperkenalkan pada tahun 2023.
RS membawa maksud “Refined Sportiness” di mana ia kini dikhususkan untuk S70 varian turbo.
Terdapat dua varian RS ditawarkan, iaitu 1.5TD Premium dan 1.5TD Sportline.
Perubahan luaran
Berbeza dengan model terdahulu, S70 RS kini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih sporti.
Antara perubahan pada bahagian luaran ialah:
- Jeriji dan bampar hadapan rekaan baharu
- Rim aloi 17 inci warna Dark Grey
- Hud enjin berlekuk
Varian Sportline pula mendapat ciri eksklusif seperti:
- Angkup brek berwarna merah
- Emblem ‘S’ Sportline
- Kemasan Quartz Black pada bumbung, pemegang pintu, spoiler belakang, dan cermin sisi
- Skirt sisi eksklusif
Kelengkapan kabin
Versi 1.5TD Premium mendapat kemasan hitam penuh pada ruang kabin, diikuti dengan konsol tengah terapung yang menyediakan ruang storan 10 liter.
Selain itu, ia turut mendapat kelengkapan seperti:
- tuil penukaran gear pada kolum stereng
- skrin paparan TFT 8.88 inci
- skrin infohibur 14.6 inci
- sokongan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
- brek parkir elektronik
- sistem pendingin hawa automatik dengan corong baris kedua
- slot pengecas peranti pintar tanpa wayar
- 5 port pengecasan USB
- sistem audio dengan enam pembesar suara
Turut dimuatkan ialah Commander Dial untuk mengawal kelantangan audio, lampu suasana, dan mod pemanduan.
Akhir sekali, sokongan Proton Link 2.0 Mobile App yang serasi dengan jam tangan pintar Huawei.
Varian 1.5TD Sportline pula mendapat kemasan kabin dua tona (merah/hitam) dengan jahitan kontras merah.
Ciri ekskslusif untuk varian Sportline termasuklah:
- tali pinggang keledar merah
- sistem pencahayaan ambien 256-warna
- konsol tengah bercahaya
- plet ambang pintu
- kamera dashcam hadapan HDR
Enjin turbo kekal
Proton S70 RS kekal dengan penawaran enjin 1.5 liter i-GT turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan.
Dengan kuasa 181 PS dan 290 Nm, S70 RS boleh memecut 0–100 km/j diselesaikan dalam masa 7.5 saat dan kadar penggunaan bahan api serendah 5.7 liter per 100 km.
Terdapat empat mod pemanduan iaitu:
- Adaptive
- Eco
- Comfort
- Sport
Ciri keselamatan
Secara standard, Proton S70 RS hadir dengan enam beg udara, kamera 540 darjah HD serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Tidak ketinggalan, terdapat sehingga 15 ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi fungsi seperti:
- Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Pengelakan Keluar Lorong (LDP)
- Bantuan Pemusatan Lorong (LCC)
- Informasi Papan Tanda Trafik (TSI)
- Bantuan Suluhan Tinggi Pintar (IHBC)
- Bantuan Penukaran Lorong (LCA)
- Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
- Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD)
- Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
