iCAUR buka enam pusat 3S & 4S baharu, kini meliputi 28 lokasi di Malaysia

iCAUR Malaysia membuka enam pusat baharu di wilayah tengah, Johor dan Sarawak, menjadikan rangkaian jualannya kini merangkumi 28 lokasi di seluruh negara.

Peluasan ini memudahkan pelanggan mengenali rangkaian SUV elektrik iCAUR serta mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.

Enam pusat baharu tersebut ialah:

  • iCAUR KL North – Moda Garage Sdn Bhd
  • iCAUR Setia Alam –  CBHT Motozoom Sdn Bhd
  • iCAUR Rawang – Autoraya Utara Sdn Bhd
  • iCAUR Kluang – MHG Garage Sdn Bhd
  • iCAUR Miri – MP Advanced Automotive Sdn Bhd
  • iCAUR Kuching – Ghee Hwa Motorpol Sdn Bhd

Jualan dan selepas jualan satu bumbung

Pusat baharu ini menyediakan kemudahan jualan, pandu uji, servis, penyelenggaraan dan alat ganti.

iCAUR Rawang pula beroperasi sebagai pusat 4S dengan tambahan kemudahan baik pulih badan dan cat.

Berkonsepkan Born to Play, kemudahan yang diketengahkan turut merangkumi ruang santai dengan konsol permainan dan sajian ringan, ruang pengubahsuaian, pilihan balutan badan serta paparan kelengkapan perkhemahan.

Menurut Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin, peluasan ini bertujuan memastikan pelanggan mendapat sokongan sepanjang pemilikan.

iCAUR Malaysia juga akan terus menambah lokasi seiring pertumbuhan pelanggan dan sokongan terhadap jenama tersebut.

Pandu uji, peluang menang hadiah

Pelanggan yang memandu uji di bilik pameran sah iCAUR sehingga 30 November 2026 berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM11,000.

Acara khas pada 14 dan 15 November turut menawarkan aktiviti pandu uji serta jamuan ringan.

Maklumat lokasi boleh didapati di www.icaur.com.my. Tertakluk pada terma dan syarat.