CFMOTO 500SR rasmi dilancarkan di Malaysia, harga dari RM29,988

CFMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan model baharu CFMOTO 500SR untuk pasaran Malaysia.

Harga jualan bermula dari RM29,988 dan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Galaxy Gray dan Nebula White.

Spesifikasi

500SR dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 500 cc DOHC sejukan cecair, kuasa sekitar 77.8 hp @ 12,500 rpm dan 49 Nm @ 10,000 rpm.

Dengan bantuan RAM Air, kuasa boleh melonjak kepada 81.8 hp.

Jentera ini dilengkapi fork hadapan jenis terbalik (USD) 41 mm, menawarkan larasan pra-beban 30 tahap dan lantunan 16-tahap, dengan jarak pergerakan 120 mm.

Suspensi belakang pula menggunakan tetapan penyerap hentak tunggal multi-link, dengan larasan pra-beban dan lantunan dan jarak gerak 130 mm.

Brek pula menggunakan rotor berkembar 300 mm serta angkup empat omboh NISSIN di depan, diikuti rotor tunggal 220 mm dan angkup jenis terapung di belakang.

Ciri lain termasuklah:

  • lampu LED
  • skrin paparan TFT 6.2 inci dengan fungsi MotoPlay
  • port pengecasan USB Type-A & Type-C
  • peredam bar hendal boleh laras 24-tahap
  • penukaran gear pantas 1-arah
  • pemanas bar hendal (5-tahap)
  • tinggi pelana 790 mm
  • tangki bahan api 15.5 liter
  • rim 17 inci

Ciri keselamatan yang disertakan merangkumi:

  • ABS dua-saluran dengan mod Supermoto
  • sistem kawalan cengkaman (TCS)
  • sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
  • sistem isyarat berhenti kecemasan (ESS)