VOGE DS800X Rally 2026 rasmi di Malaysia – harga RM39,888
VOGE Malaysia secara rasmi melancarkan jentera adventure touring VOGE DS800X Rally 2026 untuk pasaran tempatan.
Ia dijual pada harga RM39,888 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu Onyx Black, Zenith White dan Flash Yellow.
Spesifikasi
Jentera ini dipacu enjin 2-silinder 798 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 93.9 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 57 Nm @ 6,500 rpm.
Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan, serta dua mod tunggangan iaitu Eco & Sport.
Tetapan suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik boleh laras, dibantu dengan penyerap hentak belakang tunggal, juga boleh dilaras.
Sistem brek pula menggunakan cakera hadapan berkembar 310 mm dan cakera belakang 240 mm.
Ciri keselamatan pula termasuklah sistem ABS dua-saluran, TCS, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan kamera perakam tunggangan hadapan.
Ciri lain yang dimuatkan termasuklah:
- skrin paparan TFT
- port pengecas USB Type-A & Type-C
- skrin penghadang angin boleh laras
- pemanas bar hendal dan pelana
- sokongan aplikasi Carbit Ride
- tinggi pelana 850 mm
- tangki bahan api 24 liter
Setiap pembelian akan disertakan dengan aksesori seperti:
- tiga kotak pannier (1 kotak atas, 2 kotak sisi)
- lampu sorot
- pelindung tangan
- crash bar
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

































