Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd mengumumkan penawaran dua warna baharu untuk moped MODENAS Z15GT 2026.
Dua warna baharu itu ialah Lime Green dan Amazon Green.
Selain warna baharu, Z15GT turut hadir dengan tujuh penambahbaikan termasuklah:
- Sistem saliran dulang limpahan yang dipertingkatkan
- Bahan pengedap tambahan pada suis tombol pencucuhan
- Rekaan bolt & kolar penutup penyuntik yang disemak semula
- Garis penunjuk aras rendah untuk tuas brek hadapan
- Klip penutup sisi yang diperkukuh
- Penambahan penutup soket bagi melindungi abah-abah wayar daripada pendedahan air
- Perlindungan titik kimpalan bagi komponen suis kiri & kanan
Harga jualan MODENAS Z15GT bermula dari RM8,288.
