DJI Mic Mini 2S rasmi di Malaysia – harga dari RM299 hingga RM699

DJI baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharu Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia.

Mic Mini 2S menawarkan storan sebesar 14.5 GB yang boleh menyimpan rakaman suara sehingga 28 jam dalam format 24-bit atau 32-bit float.

Ciri ini dilihat mampu mengurangkan risiko kehilangan rakaman terutama dalam situasi yang tidak dijangka seperti gangguan sambungan.

Selain itu, terdapat sistem pembatalan hingar AI dua tahap (Basic & Strong), ciri Clipping Control, Loudness Balance, dan tiga tetapan tona suara (Regular, Bright & Rich).

DJI Mic Mini 2S juga direka untuk menyokong sehingga empat pemancar (TX) kepada satu penerima (RX) dalam masa yang sama.

Mikrofon ini juga boleh disambung terus kepada produk Osmo terpilih termasuklah:

  • Osmo Pocket 4P
  • Osmo Pocket 4
  • Osmo 360
  • Osmo Nano
  • Osmo Action 6

Harga jualan adalah seperti berikut:

  • DJI Mic Mini 2S (1 TX) – RM299
  • DJI Mic Mini 2S (1 TX + 1 RX) – RM419
  • DJI Mic Mini 2S (1 TX + 1 Mobile RX + bekas pengecas) – RM419
  • DJI Mic Mini 2S (2 TX + 1 RX + bekas pengecas) – RM699
  • Set penutup hadapan magnetik pelbagai warna – RM59