Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi melancarkan pembukaan pusat 3S Hyundai Kuching terbaharu.
Ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi HMY untuk mencapai sehingga 25 outlet menjelang akhir 2026.
Kemudahan yang disediakan
Ditubuhkan pada 1984, Heng Lian Enterprise Berhad mempunyai 40 tahun pengalaman dalam industri automotif di Sarawak.
Pusat 3S Hyundai Kuching terletak di alamat Lot 98 & Lot 105, KTLD, Jalan Abell, Padungan, 93100 Kuching, Sarawak.
Waktu operasi:
- Isnin-Sabtu: 8.30 pagi-5.30 petang
- Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi-3.00 petang
Grand Launching Lucky Draw
Hadiah utama berupa Samsung Galaxy S26, manakala hadiah saguhati pula berupa pakej tint Hamel, dashcam, payung serta hadiah eksklusif lain.
myHyundaiCare – Tawaran Servis Lepas Jualan
- Baucar minyak enjin SHELL RM100
- Pemeriksaan kesihatan kenderaan 20 poin percuma untuk semua model Hyundai, termasuk pemeriksaan bateri 12V dan tayar
- Kadar upah tetap RM50 untuk servis
- Baucar kafe tempatan RM20 dengan invois servis minimum RM400
- Kit badan percuma untuk 10 pemilik STAREX (2020 ke atas) pertama*
Komitmen kepada pelanggan di Malaysia Timur
Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia berkata, “Hyundai Kuching melambangkan komitmen kami terhadap Malaysia Timur.
“Kuching mempunyai asas pelanggan yang dinamik dan melalui peluasan ini kami memastikan produk dan servis Hyundai lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelanggan.”
