Proton mengumumkan tempahan untuk model sedan Saga baharu telah pun rasmi dibuka.
Proton Saga 2026 boleh didapati dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan harga jualan anggaran bermula dari RM40,000 hingga RM50,000.
Proton turut menawarkan ganjaran eksklusif untuk pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi.
20,000 pembeli terawal yang membuat membuat tempahan dari 10 November 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi dan melengkapkan pendaftaran sebelum 31 Disember 2025 layak mendapat tawaran berikut:
- Pakej Servis Percuma 1 Tahun atau had 20,000 km (yang mana tiba dahulu)
- Kad Touch ‘n Go Saga Serba Baharu Edisi Terhad
Perincian tentang Proton Saga 2026 boleh dibaca menerusi pautan berikut:
