fbpx

Suzuki lebar sayap di Australia, perkenal model Jimny Lite 2021

Suzuki Australia masih belum mendedahkan harga bagi Jimny Lite 2021. - Foto ihsan Facebook/Suzuki Australia
Suzuki Australia masih belum mendedahkan harga bagi Jimny Lite 2021. - Foto ihsan Facebook/Suzuki Australia

PASARAN automotif Australia bakal menyaksikan model Suzuki Jimny 2021 tidak lama lagi.

Menyedari mendapat permintaan tinggi, model dikenali sebagai Jimny Lite 2021 dijangka dipasarkan pada 1 Ogos nanti.

Apa yang menarik, Jimny Lite 2021 didatangkan dengan pilihan manual atau automatik mengikut cita rasa pengguna.

Jimny Lite dilengkapi enjin K15B 1.5L naturally-aspirated empat-silinder dengan 105 PS dan tork 130 Nm pada 4,000 rpm.

Sistem pacuan empat-roda AllGrip Pro separuh masa juga ditawarkan serta menampilkan julat tinggi dan rendah (2H, 4H, dan 4L).

Jimny Lite 2021 sesuai untuk aktiviti lasak dan di dalam bandar. - Foto ihsan Facebook/Suzuki Australia
Jimny Lite 2021 sesuai untuk aktiviti lasak dan di dalam bandar. – Foto ihsan Facebook/Suzuki Australia

Antara ciri-ciri menarik lain terdapat pada Jimny Lite 2021 adalah:

  • Memiliki roda keluli gelap 15-inci
  • Penutup cermin sisi tekstur plastik
  • Lampu utama projektor halogen
  • Mempunyai pemain CD/radio in-dashyang lebih asas dengan Bluetooth
  • Sistem kawalan suhu manual

Sementara itu, Suzuki bertekad untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran Australia.

Setakat ini, harga bagi varian baharu Jimny Lite 2021 masih belum didedahkan kepada umum.

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Suzuki Australia Michael Pachota, pihaknya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sedar mendapat permintaan tinggi, Suzuki Australia akan memastikan setiap tempahan pelanggan dikendalikan dengan sempurna.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved