fbpx

SCS hasilkan kenderaan EV mampu milik, sasar golongan pendapatan rendah

Sudah tiba masa kenderaan elektrik dihasilkan dengan meluas demi kelestarian alam sekitar
Sudah tiba masa kenderaan elektrik dihasilkan dengan meluas demi kelestarian alam sekitar. - Foto ihsan Facebook/SCS

SUDAH tiba masa kenderaan elektrik (EV) mampu milik dihasilkan bagi memenuhi permintaan pasaran membabitkan golongan berpendapatan rendah.

Ini kerana kebanyakan kenderaan EV dihasilkan syarikat pengeluar kenderaan mewah termasuk BMW, Porsche, Tesla dan Mercedes-Benz.

Syarikat tempatan, System Consultancy Services (SCS) berkata kebanyakan kenderaan EV terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki kebanyakan individu.

Jelas Pengerusi Eksekutif SCS Datuk Khalilur Rahman Ebrahim, syarikat itu sedang berusaha menghasilkan EV mampu milik agar digunakan secara meluas.

“SCS ingin hasilkan EV yang lebih sesuai untuk golongan B40 kerana dengan itu kadar penggunaan EV lebih menyeluruh,” katanya.

Khalilur berkata demikian pada sesi webinar anjuran sektor automotif Eurocham, semalam.

SCS sebelum ini menghasilkan prototaip EV yang boleh dipasangkan di kenderaan berenjin biasa.

Ia bertujuan memudahkan pemilik menukar kenderaan menjadi EV dengan menggunakan kit SCS.

Bagaimanapun, setakat ini SCS masih belum mengumumkan kos bagi kit EV.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved