fbpx

Fisker Automative terima lebih 14,000 tempahan bagi SUV elektrik Fisker Ocean

Fisker Automative bukan sahaja berjaya menampilkan teknologi terkini malah, menghasilkan reka bentuk yang menawan bagi sebuah kenderaan elektrik
Fisker Automative bukan sahaja berjaya menampilkan teknologi terkini malah, menghasilkan reka bentuk yang menawan bagi sebuah kenderaan elektrik.

FISKER Automative yang merupakan antara syarikat pengeluar kenderaan elektrik terbesar dunia memaklumkan telah menerima lebih 14,000 tempahan bagi model SUV, Fisker Ocean.

Syarikat asal Amerika Syarikat (AS) itu memaklumkan, terdapat lebih 80 peratus tempahan datangnya dari negara Uncle Sam sementara baki selebihnya adalah daripada pelanggan menetap di Kanada dan Eropah.

Mula dikenali sejak muncul kali pertama di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara pada 2008, Fisker Automative hanya berjaya melakukan penghantaran pertama kepada pelanggan tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, syarikat itu kini semakin melebar sayap dalam pembuatan kenderaan elektrik selain menjadi ‘buruan’ kepada mereka yang berduit.

Jadi, tidak hairan jika Fisker Automotive terkenal sebagai jenama mewah dalam penghasilan jentera elektrik berkuasa penuh.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved